http://www.emailcashpro.com

Sunday, April 19, 2009


Apa Itu Harta Pusaka?

Harta saya hari ini. Hari ini kita mempunyai pelbagai jenis harta sama ada kita sedari atau tidak. Antara harta yang kita miliki ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, akaun-akaun simpanan atau semasa di bank, rumah, tanah, kenderaan seperti kereta dan motorsikal, simpanan di Lembaga Tabung Haji, akaun pelaburan seperti Amanah Saham Bumiputera, polisi insuran, polisi takaful, saham syarikat, saham koperasi, jam tangan Rolex, barang kemas dan sebagainya. Pendeknya kata apa saja materiel yang merupakan milik sah kita dan mempunyai nilai adalah harta kita.

Harta pusaka saya hari esok. Kesemua harta yang kita warisi di atas, sebaik sahaja kita meninggal dunia akan menjadi milik sah waris-waris kita mengikut Hukum Faraid. Mereka (waris) mempunyai bahagian ke atas harta pusaka itu mengikut kadar yang ditentukan oleh Hukum Faraid yang berdeza-beza. Untuk mengetahui siapakah yang akan menerima harta pusaka anda dan kadarnya, saya akan maklumkan selepas ini.